4.8
| 403 Reviews

Dapatkan senyuman impian anda dengan kuasa pendakap gigi

Dapatkan rawatan pendakap gigi besi yang sesuai dengan anda di Kuo Dental. Tempah janji temu untuk konsultasi hari ini.

Gigi Lebih Cantik

(Analisis Gigi)

  • Sudut & Penjajaran
  • Analisis Gigitan
Senyuman Lebih Menawan

(Analisis Senyuman)

  • Lengkungan Senyuman
  • Garis Tengah
  • Tahap Pendedahan Gigi Hadapan
  • Buccal Corridor
Penampilan Lebih Mempesona

(Analisis Profil Wajah)

(a) Garis Estetik (E-Line)
(b) Sudut Hidung ke Bibir
(c) Sudut Bibir ke Dagu
(d) Sudut FM

Inginkan rawatan braces, tetapi tidak pasti klinik mana yang boleh dipercayai?

Kami faham — Ini tentang wajah anda, wang anda, dan hidup anda dalam jangka masa beberapa tahun ke hadapan.

Dengan begitu banyak klinik dan iklan yang menawarkan pelbagai harga serta janji manis, memang akan terdetik di hati:

“Betul ke ni?”

“Aku akan menyesal ke dengan keputusan ni?” 🤔

Dr. Karen (pengasas kami) memahami perasaan tersebut. Beliau sendiri pernah memakai pendakap gigi (selama 7 tahun), tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Itulah sebabnya beliau melaburkan masa dan wang untuk menguasai rawatan pendakap gigi, dan menubuhkan Klinik Pergigian Kuo — supaya pesakit beliau tidak perlu melalui pengalaman pahit yang sama.

Testimoni Pesakit Selepas Braces Dibuka (Debond)

Mengapa mereka begitu gembira?
Kerana mereka bukan sahaja mendapat senyuman yang diidamkan, tetapi juga menerima layanan dan penjagaan yang membuatkan mereka rasa dihargai.

Tanda-Tanda Anda Mungkin Memerlukan Pendakap Gigi

Rasa kurang yakin 🫣 untuk tersenyum kerana tidak berpuas hati dengan susunan gigi anda
🪥Sukar memberus gigi atau menggunakan flos kerana kedudukan gigi yang tidak sekata
🦷Gigi hadapan tidak dapat digunakan untuk mengunyah dengan baik | kerap tergigit pipi atau lidah sendiri | mengalami sakit rahang

Apakah Masalah Gigi yang Boleh Dirawat dengan Pendakap Gigi Metal (Self-Ligating)?

Hasil berbeza mengikut individu
Gigi
excessive-spacing-icon
Gigi Jarang
Gigi Bertindih
Gigitan Terbuka (Open Bite)
overbite-icon
Gigitan Dalam (Overbite)
Gigitan Silang Gigi Hadapan (Crossbite)
Gigitan Silang Gigi Belakang (Crossbite)
underbite-icon
Gigitan Songsang (Underbite)
overjet-icon
Gigi Jongang (Overjet)
abnormal-icon
Tumbuhan Gigi Tidak Normal
unerupted-icon
Gigi Terimpak
Senyuman/Profil Sisi
flat-smile-icon smile-icon
Lengkung Senyuman Mendatar/Songsang*
gummy-smile-icon smile-icon
Gummy Smile*
midline-shift-x-img midline-shift-icon
Garis Tengah Tidak Sejajar
protruded-side-icon protruded-side-icon
Profil Sisi Menonjol*
balck-corridors-icon smile-icon
Black Corridors*

Mengapa Pilih Pendakap Gigi Metal di Klinik Pergigian Kuo, Johor Bahru?

Kami bukan sekadar membetulkan susunan gigi dan gigitan. Di Kuo Dental, kami menganalisis gigi, senyuman, dan profil wajah anda untuk merancang rawatan yang membantu anda mendapatkan senyuman yang lebih yakin.

Analisis Gigi

Setiap senyuman adalah unik. Sebelum memulakan rawatan pendakap gigi, kami akan menilai keadaan gigi dan gigitan anda supaya rawatan dirancang mengikut keperluan anda.
Penilaian merangkumi:
intraoral-scan-for-men-patient
Imbasan Intraoral (3D)
Analisis Gigi
Analisis Gigitan

Analisis Senyuman

Bukan semua yang mempunyai gambaran yang sama tentang senyuman sempurna, jadi kami membentuk senyuman yang sempurna khusus untuk anda dengan mengambil kira:
Lengkungan Senyuman
Garis Tengah Gigi
teeth-alignment-icon
Penjajaran Gigi
Senyuman Bergusi
Tahap Pendedahan Gigi Hadapan
Black Corridors

Analisis Profil Sisi Wajah

Dengan perancangan ortodontik yang tepat, pendakap gigi bukan sahaja membantu memperbaiki susunan gigi dan gigitan, tetapi juga boleh membantu meningkatkan keseimbangan serta estetika wajah.

Bukan sekadar berdasarkan gerak rasa, tetapi melalui proses artistik yang dipandu oleh ukuran saintifik.

sunken_ideal_protruding-graphic
Lelaki
Wanita

Nota klinikal: Hasil rawatan bergantung kepada struktur tulang wajah dan keadaan gigi setiap individu.

"Saya pernah terfikir untuk buat filler dagu selepas memakai pendakap gigi. Tapi sekarang, tak perlu dah — dagu saya 'muncul' dengan sendirinya dan serba semula jadi :)"

Foto pesakit sebenar. Hasil bergantung pada rawatan individu.

Masalah gigi anda terlalu sukar atau kompleks?

Mendengar bahawa keadaan gigi anda terlalu sukar atau serius bukanlah sesuatu yang mudah diterima. Jika bukan doktor gigi yang boleh membantu anda, siapa lagi?

Dr. Karen, pengasas Kuo Dental, sangat memahami perasaan itu. Beliau pernah melalui pengalaman rawatan braces yang gagal sehingga ditinggalkan oleh doktor ortodontiknya.

Sebab itulah, Klinik Pergigian Kuo menerima kes-kes yang mungkin ditolak oleh klinik lain — dengan kepakaran dan keprihatinan untuk membantu pesakit mendapatkan semula keyakinan dalam perjalanan rawatan mereka.

Antara kes yang pernah kami kendalikan:
Foto pesakit sebenar. Hasil bergantung pada rawatan individu.

Mengapa TADs (Skru Tulang) Penting Untuk Orang Asia?

Daripada pengalaman rawatan braces Dr. Karen sendiri, beliau belajar bahawa rawatan boleh gagal apabila TAD tidak digunakan pada situasi yang sesuai.

Apakah itu Temporary Anchorage Device (TAD)?

TAD ialah skru kecil sementara yang membantu menghasilkan pergerakan gigi yang mungkin sukar dicapai dengan braces sahaja.

Ia amat penting bagi sesetengah pesakit Asia kerana struktur tulang wajah yang lebih kecil mungkin menyebabkan ruang gigi menjadi terhad.

Di Klinik Pergigian Kuo, kami tahu bila dan bagaimana TAD digunakan untuk membantu membentuk senyuman yang sesuai dengan struktur wajah anda.

Kredit kepada @smilingorthodontist
Pembetulan Gummy Smile
Kredit kepada @ICEdentalsystems
Pembetulan Profil Sisi Menonjol
Kredit kepada @orthodonticlectures
Pembetulan Gigitan
Tahukah anda?💡

Rawatan pendakap gigi seharusnya diselesaikan dalam tempoh 1–3 tahun. Semakin lama tempoh rawatan, semakin tinggi risiko penyerapan akar gigi (gigi menjadi semakin pendek).

Tanpa penggunaan TAD, pergerakan gigi mungkin masih boleh dicapai, tetapi proses pembetulan senyuman mungkin mengambil masa yang lebih lama.

"Saya sendiri pernah melalui pengalaman rawatan pendakap gigi yang gagal. Sebab itulah saya berusaha lebih keras untuk memastikan pesakit saya mencapai senyuman yang cantik dan sihat."

Dr. Karen Kuo

dr-karen-kuo-dental-professional-image
Latihan & Pengiktirafan Antarabangsa

Dr. Karen merupakan graduan Progressive Orthodontics Seminar (POS) yang berprestij dan juga Key Opinion Leader (KOL) bagi Angel Aligner, salah satu jenama clear aligner terkemuka dunia.

1000+ Transformasi Senyuman

Pengalaman luas dalam mengendalikan pesakit pendakap gigi, menghasilkan senyuman yang yakin dan penuh kegembiraan.

Berpengalaman dengan Profil Wajah Asia

Seperti yang dinyatakan di atas, kami menggunakan strategi rawatan yang terbukti berkesan untuk struktur wajah Asia bagi membantu menghasilkan senyuman yang lebih menyerlah.

dr-karen-kuo-dental-professional-image

Sertai 1000+ Pelanggan Gembira Kami

Sama ada ini konsultasi pertama anda atau percubaan kedua, kami akan menjadikannya pengalaman yang akan anda kenang atas sebab yang baik.

Purposely come here for braces. I’m under Dr. Karen(dentist) care. Dr is patience, experience, knowledgeable, and give the most suitable advice based on my condition. The nurses are friendly too.
Consultation for braces. Dr Karen is very patient, professional, friendly and explained to me thoroughly throughout the process. The prices are affordable. the dental pays high attention to surrounding hygiene. It was a great experience and HIGHLY recommend! Best doctor ever.
Thank you Dr Kuo for showing me that dentists aren’t actually scary… For so many years I kept wondering whether I should get braces. I have an underbite and never dared to smile showing my teeth… because of my insecurity, and I didn’t have a beautiful smile like others… Until I met Dr Kuo, because of you, I finally discovered that I too can have a smile. I wholeheartedly recommend Kuo Dental! Dr Kuo is attentive! Gentle! And beautiful too
Shuwen Alyvia
Facebook Reviews

Terokai Hasil Rawatan Pendakap Gigi

Foto pesakit sebenar. Hasil bergantung pada rawatan individu.

Perjalanan Pendakap Gigi Anda Bersama Kuo Dental

1

WhatsApp Kami Jika Ada Soalan. Kami sedia membantu.

2

Imbasan Intraoral untuk melihat gigi anda dalam bentuk 3D.

3

Konsultasi & Pelan Rawatan. Kami akan berbincang tentang pilihan rawatan, kos, tempoh rawatan, dan hasil yang dijangka.

4

Fikirkan Dahulu. Tiada tekanan untuk membuat keputusan.

5

Hari Pemasangan. Pemasangan pendakap secara lembut menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

6

Semakan Perkembangan Berkala. Lawatan pemeriksaan ringkas setiap 3–4 minggu.

7

Tanggal Pendakap & Penahan Gigi. Senyuman baharu + retainer untuk mengekalkan hasil yang sempurna.

Miliki Senyuman Impian dengan Pelan Pembayaran Fleksibel di Klinik Pergigian Kuo Johor Bahru

Rawatan pendakap gigi boleh menjadi mahal… sebab itu kami cuba sedaya upaya untuk membantu!
Kami menawarkan:
Kami terima

Perbandingan Ringkas

Pendakap Gigi Besi vs Penjajar Gigi Lutsinar

Masih membuat pertimbangan? Inilah perbandingan pendakap gigi besi self-ligating dengan rawatan lain:
Pendakap Gigi Tradisional
Pendakap Gigi Self-Ligating
Penjajar Gigi Lutsinar

Soalan Lazim

Pendakap gigi self-ligating menggunakan klip khas yang terbina dalam bracket untuk memegang dawai gerbang(archwire), menghapuskan keperluan menggunakan gelang elastik. Reka bentuk ini mengurangkan geseran dan boleh menjadikan pelarasan lebih mudah dan selesa berbanding pendakap gigi tradisional.

Damon® System ialah jenama pendakap gigi self-ligating yang terkenal daripada Ormco Corporation, dicipta oleh Dr. Dwight Damon.

Disebabkan populariti mereka, istilah Damon Braces telah menjadi sinonim dengan pendakap gigi self-ligating,malah lebih dikenali daripada istilah teknikalnya sendiri.

Sama seperti Pampers® yang telah diterima pakai sebagai nama generik untuk lampin dalam pertuturan seharian kita.

Secara umumnya, kos pendakap gigi self-ligating lebih tinggi dalam beberapa ribu ringgit berbanding pendakap gigi tradisional, disebabkan reka bentuk dan teknologinya yang lebih maju.

Namun, kami percaya ramai yang sepatutnya boleh menikmati manfaat pendakap gigi self-ligating.

Di Kinik Pergigian Kuo Johor, dengan tambahan hanya RM500, anda boleh menikmati pakej pendakap gigi self-ligating kami berbanding pakej tradisional.

Ini amat dihargai oleh pesakit kami — sehingga kami tidak lagi menawarkan pendakap gigi tradisional kerana semua pesakit kami akan memilih pendakap self-ligating.

Tempoh rawatan berbeza mengikut kes individu, tetapi biasanya antara 18 hingga 24 bulan, serupa dengan pendakap gigi tradisional. Bersedia untuk memulakan rawatan? Kunjungi klinik pergigian kami di Johor untuk konsultasi peribadi!

Kami akan menjalankan pemeriksaan secara berkala setiap 3–4 minggu secara ringkas, bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Ya, pendakap gigi self-ligating boleh menjadi pilihan ortodontik yang berkesan untuk remaja.

Namun, bagi kanak-kanak yang memerlukan pembetulan pertumbuhan awal, kami akan mencadangkan penggunaan penjajar gigi lutsinar(clear aligners). Terokai perkhidmatan intervensi pertumbuhan awal kanak-kanak di Klinik Pergigian Kuo.

Sudah tentu. Kami menyediakan pendakap gigi lutsinar, seperti clear aligners, pilihan yang tidak menonjol dan boleh ditanggalkan, sesuai untuk pesakit yang mahukan cara penjajaran gigi yang kurang ketara.

Doktor pergigian kami dari Johor Bahru boleh membantu anda memilih antara pendakap gigi self-ligating dan pendakap gigi lutsinar berdasarkan keperluan pergigian dan keutamaan gaya hidup anda.

Pendakap gigi itu sendiri tidak menyebabkan gigi menjadi kuning. Walau bagaimanapun, mengekalkan kebersihan mulut yang baik semasa rawatan ortodontik adalah penting, kerana penumpukan plak di sekeliling bracket boleh menyebabkan penodaan atau perubahan warna.

Kami menekankan pembersihan menyeluruh dan pemeriksaan gigi berkala supaya gigi anda kekal sihat dan cerah sepanjang rawatan.

Gigi anda kuning? Pertimbangkan perkhidmatan pemutihan gigi kami di Johor Bahru!

Latar Belakang: Tulang rahang atas berkongsi bersama dengan hidung dan mulut. Sekiranya ia tidak berkembang sepenuhnya, kekurangan ruang akan menyebabkan

  • Gigi berhimpit dalam mulut
  • Aliran udara pernafasan yang terbatas
  • Kedudukan rahang bawah yang terbatas, yang seterusnya menyempitkan saluran pernafasan

Pendekatan: Mewujudkan ruang dengan cara

  • Mengembangkan rahang atas yang tidak berkembang sepenuhnya, selain daripada prosedur cabutan gigi
  • Membetulkan kedudukan rahang bawah bagi membuka saluran pernafasan

Matlamat: Bukan sekadar meluruskan gigi, malah turut memperbaiki saluran pernafasan

Tanda-tanda yang memerlukan bantuan: Gigi berhimpit, pernafasan melalui mulut, berdengkur, menggeser gigi semasa tidur, keletihan kronik, dll.

Kumpulan Sasaran: Walaupun berkesan untuk orang dewasa, masa terbaik untuk bertindak ialah semasa kanak-kanak (lingkungan usia 5–7+) — bagi membantu mereka bernafas dan membesar dengan lebih baik.

Lihat perkhidmatan intervensi pertumbuhan awal kanak-kanak untuk maklumat lanjut.

Jangan bimbang, doktor pergigian kami akan membincangkan pilihan terbaik untuk anda sebelum memulakan sebarang rawatan. Buat janji temu sekarang.

Adakah Pendakap Gigi Sesuai Untuk Anda?

Jom berbincang tentang keadaan gigi anda. Kami akan membantu menerangkan pilihan rawatan yang sesuai serta menjawab semua pertanyaan anda. Tiada paksaan, hanya panduan dan nasihat yang jujur untuk membantu anda membuat keputusan