Bernafas, mengunyah, dan tidur memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran setiap kanak-kanak.
Jika anak anda mempunyai gigi berlapis, sering berdengkur, atau kelihatan letih dengan mulut terbuka, ada kemungkinan ini bukan sekadar masalah ruang gigi – ini boleh menjadi tanda saluran pernafasan yang terhad.
Kami periksa dari awal dengan teliti. Supaya untuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan,kami dapat bertindak tepat pada waktunya untuk membimbing tumbesaran saluran pernafasan dan tulang rahang yang sihat, semasa ia masih berlaku.
Dr Karen mempelajari sesuatu yang ramai ibu bapa tidak sedar: cara anak anda bernafas hari ini secara tidak langsung membentuk wajah, tidur, dan perkembangan otak mereka.
Anda mungkin pernah rasa ada yang tidak kena apabila mula menyedari perkara kecil (gigi berlapis, berdengkur, keletihan pada waktu siang, atau rupa mulut yang sentiasa terbuka) tetapi diberitahu, “Nanti dia akan membesar dan pulih dengan sendiri.”
Hakikatnya: Itu bukan hanya andaian anda semata. Tidak semua masalah dapat diselesaikan sendiri. Ia adalah petunjuk pertumbuhan yang memerlukan pemantauan dan bimbingan yang sesuai.
Yang bagusnya? Lebih awal kita bertindak, lebih lembut pendekatan yang diperlukan; lebih baik hasilnya.
























Inilah sebabnya American Association of Orthodontists mengesyorkan saringan seawal umur 7 tahun, walaupun tiada masalah yang jelas kelihatan. Penilaian awal memberi ruang masa terbaik untuk menyokong perkembangan yang sihat.


Kami masih boleh menjajarkan giginya namun tidak mampu membuatkan tulangnya tumbuh melainkan melalui pembedahan rahang.
Matlamat rawatan ialah menggalakkan pertumbuhan semula jadi tulang rahang bagi memperbaik saiz saluran udara, pernafasan, kualiti tidur, dan perkembangan menyeluruh.
Invisalign Palatal Expander
Angel Aligner dengan topeng muka
Lihat pembaikan postur leher selepas saluran pernafasan diluaskan dengan prosedur rahang bawah.




Foto pesakit sebenar. Hasil bergantung pada rawatan individu.
Gigitan songsangnya dapat diperbetulkan dalam beberapa bulan sahaja! 😁


Foto pesakit sebenar. Hasil bergantung pada rawatan individu.
Nota: Bimbang anak anda tak mahu pakai topeng muka? Kanak-kanak biasanya dapat menerimanya dengan baik! Ramai yang boleh memakainya sendiri dan menganggapnya sebagai “mainan baharu”!
Dia kini mahu menjadi doktor gigi dan telah memulakan saluran Youtube sendiri untuk bercakap tentang perjalanan ortodontiknya.
“Sepanjang tahun-tahun saya beramal, ramai ibu bapa yang memberitahu saya, “‘Kalaulah saya tahu lebih awal..”
Inilah yang saya nak anda tahu: saringan awal bukan bermakna ada kecemasan. Ia bermaksud kita bersikap proaktif. Ini bermakna kita mempunyai pilihan.
Apaila anak anda dibawa dengan lebih awal semasa tempoh tumbesaran, kami boleh membimbing cara perkembangan rahang. Kami boleh mewujudkan ruang secara semula jadi, menyokong fungsi saluran pernafasan yang lebih baik, dan selalunya menjadikan rawatan ortodontik pada masa depan lebih mudah atau bahkan tidak diperlukan langsung.
Sekiranya kami terlepas tempoh tumbesaran and anak anda sudah lewat remaja, saya masih boleh menjajar gigi anak anda. Namun pada ketika itu, tulang rahang telah selesai membesar.
Dan kami perlu berkompromi melainkan kita memilih pembedahan seperti pemanjangan rahang atau pembedahan pengurangan rahang.
Hanya kerana gigi susu anak anda nampak lurus dan rapat, tidak semestinya semuanya baik-baik sahaja. Gigi kekal lebih besar dan perlukan ruang untuk tumbuh! Tanpa ruang yang cukup, gigi mungkin tumbuh bengkok atau berlapis.
Rawatan awal, seperti pembetulan rahang atas, boleh wujudkan ruang yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat. Was-was? Dapatkan saringan untuk anak anda sebelum umur 7 tahun untuk kesan sebarang masalah lebih awal.
Pernah terfikir bagaimana kanak-kanak boleh luruskan gigi tanpa pendakap gigi?
Lihat perjalanan rawatan Angel Aligner yang comel ini—halimunan, selesa & sangat berkesan!
My daughter had some cavities that affected the nerve, so she needed treatment.
During the treatment, the dentist explained everything to my daughter very carefully. Although there was bound to be some discomfort, the dentist kept her calm and comforted throughout the process, which I thought was fantastic! She’s a very patient dentist!
My daughter also said she really liked the dentist here.
I highly recommend this dental clinic!
我女儿因为牙齿有些蛀,影响到神经线,所以需要做疗程。
过程中医生很细心的讲解给我女儿听,虽然过程中难免会有些不适,疗程期间一直安抚我女儿的情绪,我觉得这点做得很棒!是非常有耐心的牙医医生!
女儿也说很喜欢这里的牙医姐姐
我觉得很值得推荐这间牙科!
My daughter had some cavities that affected the nerve, so she needed treatment.
During the treatment, the dentist explained everything to my daughter very carefully. Although there was bound to be some discomfort, the dentist kept her calm and comforted throughout the process, which I thought was fantastic! She’s a very patient dentist!…



WhatsApp Kami Jika Ada Soalan. Kami sedia membantu.
Tempah saringan mengikut keselesaan anda.
Bertemu Dr. Karen untuk penilaian tumbesaran rahang dan saluran pernafasan.
Fikirkan dahulu. Tiada paksaan untuk terus melakukan rawatan.
Sekiranya kami ialah pilihan yang tepat dengan anda, datang kembali apabila anda bersedia, dan kami akan merangka pelan peribadi untuk anak anda.
Tulang rahang yang kurang berkembang selalunya bermaksud saluran udara yang terhad.
Saluran pernafasan yang terhad pada kanak-kanak, sering menyebabkan pernafasan mulut dan dengkuran kronik, menggugat kualiti tidur dan aliran oksigen, yang membawa kepada masalah perkembangan otak, tingkah laku dan fizikal yang ketara. Keadaan ini boleh mencetuskan pengurangan rembesan hormon pertumbuhan, ketidakupayaan pembelajaran, dan risiko kardiovaskular jangka panjang.
Saringan awal membantu kami menilai saluran pernafasan, tulang rahang dan perkembangan pergigian anak anda. Dengan mengenal pasti potensi masalah pertumbuhan lebih awal, rawatan tepat pada masanya boleh membantu anak anda bernafas dan membesar dengan lebih baik.
Penilaian pertumbuhan disyorkan sekitar 6-7 tahun. Penilaian awal di Klinik Pergigian Kuo tidak semestinya bermakna rawatan segera, tetapi ia membolehkan doktor gigi memantau pertumbuhan dan campur tangan pada masa yang sesuai jika perlu. Rujuk Sekarang.
Intervensi pertumbuhan awal kanak-kanak adalah selamat, berkesan, dan sangat disyorkan untuk membetulkan tabiat berfungsi, membimbing pertumbuhan rahang dan membetulkan masalah saluran pernafasan.
Prosedur ini disesuaikan untuk kanak-kanak untuk meminimumkan ketidakselesaan, meningkatkan kesihatan mulut jangka panjang, dan mengelakkan keperluan untuk rawatan yang lebih invasif kemudian.
Ya, apabila anak anda mengamalkan “postur kurang baik” untuk bernafas.
Isu saluran pernafasan seperti saluran pernafasan sempit daripada tulang rahang yang kurang berkembang, pernafasan mulut atau perkembangan rahang yang tidak betul boleh menyebabkan kanak-kanak mencondongkan kepalanya ke hadapan untuk bernafas dengan lebih mudah, yang lama-kelamaan boleh akan menjejaskan postur leher.
Rawatan awal boleh membantu menangani isu ini, menyokong pernafasan yang lebih baik, dan menyokong postur kepala dan leher yang lebih semula jadi.
Ramai ibu bapa menyedari perkara ini, dan walaupun ia boleh berlaku sekali-sekala, berdengkur yang kerap atau menggeser gigi mungkin menandakan masalah seperti pernafasan mulut, saluran pernafasan tersumbat, atau masalah perkembangan gigitan dan rahang.
Jika ia berlaku secara kerap, adalah idea yang baik untuk meminta anak anda diperiksa lebih awal. Penilaian awal boleh membantu mencegah potensi isu dengan kualiti tidur, pertumbuhan muka dan kesihatan pergigian di kemudian hari.
Tidak, rawatan ini bukan invasif dan tidak memerlukan anestesia.
Rahang bawah dibimbing perlahan-lahan untuk membesar di atas satu siri penjajar jernih (plastik jernih yang dibuat mengikut gigi anak anda untuk membimbing gigi secara perlahan ke kedudukan yang lebih baik).
Penjajar lutsinar untuk kanak-kanak adalah serupa dengan yang dipakai oleh orang dewasa. Namun kerana kanak-kanak masih membesar, daya lembut daripada penjajar lutsinar boleh membimbing tulang rahang mereka berkembang. Mereka juga mengalami ketidakselesaan yang lebih kurang berbanding orang dewasa kerana tulang dan gigi mereka lebih lembut dan fleksibel.
Jangan risau, doktor gigi kami akan membincangkan pilihan terbaik untuk anak anda sebelum memulakan sebarang rawatan. Tempah konsultasi sekarang. Tempah konsultasi sekarang.
Jadual susulan bergantung pada keadaan anak anda dan jenis rawatan yang diperlukan. Dalam kebanyakan kes, lawatan susulan dijadualkan setiap 4-8 minggu untuk memantau kemajuan dan membuat pelarasan.
Anggaran tempoh rawatan adalah antara beberapa bulan hingga beberapa tahun, tetapi intervensi awal selalunya membantu memendekkan tempoh rawatan dan mencapai hasil yang lebih baik.
Masa itu emas! Saringan dan rawatan awal boleh membimbing pertumbuhan rahang yang betul, memperbaiki saluran pernafasan, meningkatkan penjajaran gigitan, dan mencegah komplikasi pada masa depan. Buat saringan dan kami akan maklumkan sama ada tindakan awal diperlukan semasa “tempoh emas” tumbesaran tulang rahang anak anda.